Thursday 29 December 2011

Pada Sayap Burung Helang


alhamdulillah...itu yang saya mampu katakan..terasa bersyukur dengan semua yang terjadi hari ini..semoga apa yang baik saya dapat hari ini akan terus menjadikan saya lebih bersemangat untuk meneruskan tanggungjawab saya sebagai  seorang pelajar..dan apa yang tidak baik yang saya miliki hari ini, semoga ianya akan menjadi pengajaran berguna buat diri ini untuk masa-masa akan datang...

kadang kala pujian dan juga kemenangan tidak membuatkan kita berjaya sebaliknya kekalahn akan menjadi motivasi berguna pada kita bukan untuk hari ini sahaja tetapi untuk masa-masa akan datang...

hadiah hanya ganjaran utuk kita tetapi apa yang ada disebalik hadiah itu yang seharusnya kita kekalkan..

29 disember 2011
penganjur terbaik dan poster terbaik tempat pertama..terima kasih kepada kawan-kawan yang membantu..kemenagan ini kemenagan bersama...

Friday 16 December 2011

menuju penyucian JIWA

" hari yang paling baik, di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari JUMAAT...pada hari itu Nabi Adam a.s. diciptakan oleh Allah, dan pada hari JUMAAT juga beliau ( Nabi Adam) diturunkan dari syurga, serta pada hari yang sama (JUMAAT) taubatnya diterima dan pada hari itu beliau meninggal dunia...pada hari JUMAAT kiamat akan terjadi, dan tiada dari haiwan-haiwan kecuali pada hari JUMAAT mereka mendengarkan tiupan sangka kala, semenjak terbitnya matahari, dengan perasaan rindu akan hari tersebut, kecuali bagi sekelompok jin dan manusia...
" pada saat itu, terdapat waktu di mana seorang hamba Muslim tidak ingin menjumpainya (hari kiamat), dan hamba tersebut berselawat, memohon Allah akan sesuatu, terkecuali Allah akan memberikannya."
                                        (Riwayat Malik, Abu Dawud, Tirmizi, Ahmad, Ibnu Hibban, Muslim dan Nasa'i)

>kata-kata itu merupakan hadis riwayat para sahabat tentang selawat..saya suka membaca ayat itu..ayat itu diambil dari buku Fadilat&Amalan 104 selawat Nabi..Menuju penyucian jiwa..buku hadiah dari seorang ibu untuk anaknya..saya akan membawa buku itu bersama kemana sahaja saya pergi..saya dapat merasakan kehadiran ibu dan kasih sayangnya sentiasa bersama saya..terima kasih IBU...AISYAH..

gadisku







Saturday 10 December 2011

AdAm dAn hAwA

WAHAI HAWAKU.. 
ingatlah...cintailah diri kamu lebih dari segala-galanya....
usahlah kamu menyerahkan permata yang berharga..kepada mereka yang bukan pemiliknya...
fahamilah dirimu..belailah dirimu...cintailah dirimu..sebelum kamu fahami..belai dan cintaii kekasihmu..TAHUKAH KAMU SEORANG PEREMPUAN MAMPU MENGGONCANG DUNIA???
 lalu kenapa kamu harus berserah diri pada yang tidak layak?
mengapa harus darjatmu direndahkan sebegitu rupa?
mengapa harus kamu tunduk pada kuasa cinta?
sedarlah wahai HAWA...
cinta dari seorang kekasih yang tulus,
hanya mampu kamu dapati dari mereka yang berhak..
keatasmu..bukan teman lelakimu!!!!!
tetapi hanya insan yang bergelar SUAMI...
HANYA ITU!!!! 
wahai ADAM
tahukah kamu?? hawa itu dicipta untuk dibuai manja..
untuk dilindungi, untuk disayangi..
bukan untuk dikasari, bukan untuk ditindas..
bukan untuk disakiti, bukan juga untuk dinodai..
diri dan tubuh badanya...
tahukah kamu sekali kamu merampas yang bukan hak,selama-lamanya permata itu akan hilang.
tidak akan ada gantinya..satu atau sepatah dua..
kata pujangga cinta..BILA KAMU CINTAI SESEORANG..JANGAN PERNAH KAMU MENYENTUHNYA HATTA JARI KELINKINGNYA KERANA KAMU TIDAK PUNYA HAK ITU..
JANGANLAH KAMU MERAYU-RAYU SUPAYA JARI ITU ERAT BERTAUT DENGAN JARI SASAMU..KERANA KAMU TETAP TIDAK PUNYA HAK ITU..BIARPUN ITU ADALAH KEKASIHMU...

SEDARLAH WAHAI ADAM,
tanpa hawamu hidupmu pasti pincang,
namun dengan kehadiranmu ia mampu menggoncang iman hawamu..dirimu apatah lagi..
lalu bukanlah lebih baik jika kamu BERSUJUD KEPADANYA.. 
WAHAI CINTA,
DATANGLAH AKU SERU KEPADAMU..SUPAYA ENGKAU HADIR DIHATIKU..
KERANA AKU INGIN DICINTAI..
AKU INGIN MERASA BETAPA INDAHNYA DUNIA CINTA ITU..
tetapi..
sedarlah wahai cinta..aku mohon..jauhilah aku bila aku masih tidak bersedia menerimamu..
bila kamu merasa dengan kehadiranmu..(cinta)..didalam hidupku..hidupku..hidupku menjadi goyah..
aku akan tunduk kepadamu..sehingga aku mula leka..rakus dalam duniamu..
YA TUHANKU..
KURNIAKANLAH RASA CINTA DIHATIKU..
SETELAH ENGKAU YAKIN RASA CINTAKU KEPADAMU..LEBIH DARI CINTA AKU KEPADANYA..
SUPAYA AKU SENTIASA TERINGAT KEPADAMU,SUPAYA DIRIKU KEKAL BERSAMAMU..
DIRIKU KEKAL SUJUD KEPADAMU.. 
YA TUHANKU, KURNIAKANLAH AKU CINTA SEJATI..
KURNIAKANLAH AKU KEKASIH SEJATI, SUPAYA DAPAT AKU CURAHKAN  KASIHKU KEPADANYA..
PELIHARALAH DIRIKU DARI PERBUATAN LAKNAT ITU..MUDAH-MUDAHAN DENGAN RASA CINTA YANG ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI..KAMI MAMPU BERJUANG DIJALANMU..MERELAKN DIRI DICINTAI DAN MENCINTAI HANYA DIJALANMU...
CINTA JIKA BENAR INI PENGORBANAN YANG HARUS KURELAKAN..DIATAS NAMA SEBUAH CINTA..MAKA AKU RELAKAN ENGKAU PERGI..SEBELUM KESUCIAN SEBUAH CINTA ITU AKU NODAI....
JANGAN CURI YE..SEBUAH SANTAPAN JIWA NURANI UNTUK TEMAN-TEMANKU..ADAM DAN HAWA...
YANG IKLAS NUKILAN..

AINI AZIMAH...




ketabaHAN haTi

walau dibanjiri air mata...perjalanan harus diteruskan...keperitan bukan halangan untuk terus melangkah....jika tersungkur bukan bermakna putus asa....semangat kuat untuk bangun...dan terus melangkah demi sebuah impian.....

semoga saya tabah melalui hari-hari yang mendatang..setiap yang berlaku menjadi pengajaran utuk saya...YA ALLAH..semoga ENGKAU selalu ada untuk membantu dan meringankan segala kesusahanku..Amin...


perjalanan beribu batu bermula dari satu langkah....saya harus jatuh dahulu..kerana jatuh itu yang akan membuatkan saya berusaha untuk bangun....terima kasih untuk segala nikmat mu YA ALLAH...

Thursday 8 December 2011

Tanda-Tanda 100 Hari Sebelum Kematian

Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi pada beberapa keadaan :
1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu ‘Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
2. Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian
Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu ‘Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas ‘Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
3. Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.
4. Tanda 3 hari
Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
5. Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu ‘Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ‘Asar keesokan harinya.
6. Tanda akhir
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Penutup
Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita termasuk di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda kematian ini; semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan baik dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri, dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Namun demikian, sesuai dengan sifat Allah SWT Yang Maha Kuasa lagi Pemurah, Maha Pengasih, maka diriwayatkan bahawa tarikh kematian seseorang manusia itu masih dapat diubah dengan amalan doa, baik doa dari kita sendiri maupun doa dari orang lain. Namun hal ini adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh kerana itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan waktu dan kesehatan tubuh / badan dan juga fikiran dalam sedaya-upaya kita untuk mencari keredhaan Allah SWT di dunia mahupun akhirat kelak.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Wallahu a’lam…