Monday 26 September 2011

Tat Nenas Gulung

                                                                  







                                                                 
                                                                   BAHAN-BAHAN
        
150 g mentega
100 g marjerin
70 g gula aising, diayak
2 biji kuning telur
1 camt vanila
350 g tepung gandum
50 g tepung jagung
jem nanas secukupnya
2 biji kuning telur, untuk sapu.
CARA-CARA MEMBUATNYA
Pukul mentega, marjerin dan gula hingga sebati. Masukkan sebiji demi sebiji kuning telur, putar rata. Bubuh vanila dan pukul 1-2 min lagi. Gaulkan kedua-dua jenis tepung hingga menjadi doh. Ambil sedikit, letak di dalam acuan (picit seperti semperit) dan tekan untuk mendapatkan jaluran sepanjang 6 cm. Letak jem (yg sudah dibentukkan bujur) pada hujungnya dan gulungkan kemas. Atur atas tin pembakar yg sudah dilengser dan sapu tat/biskut dengan kuning telur. Bakar pada 180 C selama 20-25 min atau hingga keemasan.

kejayaan

Sem pertama untuk tahun kedua baru sahaja bermula..tanggungjawab sebagai seorang pelajar  mula digalas kembali..pelbagai cabaran dan kesusahan yang pastinya akan dirasai kembali setelah berehat hampir 4 bulan...semoga keputusan peperiksaan pada sem ini lebih baik dari sem-sem yang sebelumnya...semoga ALLAH mempermudahkan urusan pelajaran hambamu ini...pastinya ilmu dituntut kerana ALLAH...dan kejayaan itu untuk insan-insan tersayang...doakan kejayaan anakmu disini wahai BONDA ku..semoga engkau merestuiku....
"Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah..
"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"...

Sunday 25 September 2011

nurani-cahaya mataku

Jangan menangis..NURANI
Jangan bersedih..NURANI
Pandanglah bintang
Pandanglah langit
Kita tak ubah debu jadinya



Jangan menyesal..NURANI
Jangan berdendam..NURANI
Apa dah tulis Apa dah takdir
Kita tak mampu meronanya

Biarkan saja masa yang membongkar rahsia
Mengapakah kita bertemu dan berpisah
Sedang cinta kita
Bukan kita yang menyusun
Al-kisah sampai ke akhir cerita

Biarpun zahir berjauhan
Biarpun batin bersempadan
Kasih terhijau masih menyimpan
Cinta rapi di dalam
Dihati ini masih..
CINTA KAMU

oktober

september hampir menutup tirainya...semakin tidak sabar menungu kunjungan oktober...3 oktober hari lahir saya...apakah memori yang akan tercipta pada tanggal tersebut...sama seperti tahun lepas? pertama kali menyambutnya sendiri tanpa insan-insan tersayang..terima kasih untuk keluarga yang tetap menyambutnya walaupun tanggal itu sudah berlalu..teman-teman yang memberi ucapan..terima kasih untuk doa kalian..hadiah-hadiah..coklat.perfume ..tedy bear..sejadah dan tasbih..masih tersimpan cantik..coklat sahaja yang tidak mampu disimpan sebagai kenangan..terima kasih untuk semua pemberian tersebut..semoga 3 oktober yang akan tiba ini memberi satu lagi kenagan terindah untuk saya...

semanis coklat secangkir senyuman

Muffin Coklat

Bahan-Bahan
  • ½  cawan mentega
  • ½  cawan minyak jagung
  • 1 ¼ cawan gula perang
  • 3 biji telur
  • 2 ½ cwn tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
  • Sedikit coklat chip untuk hiasan.
Cara-cara:
  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
  2. Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  4. Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
  5. Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung  sehingga sebati.
  6. Paipkan adunan  ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
  7. Siap untuk di bakar. Bakar selama 20 minit.

Saturday 24 September 2011

sahabat

Ya persahabatan memang tidak akan pernah digantikan dengan apapun…meskipun terkadang disakiti, dikecewakan, namun aku selalu tetap bisa tersenyum kembali ketika melihat senyumannya…karena persahabatan selalu penuh dengan warna,”TAWA dan AIR MATA” silih berganti. Tapi ketika semua itu bisa dilewati bersama, maka disanalah kita akan menemukan apa yang dinamakan dengan “SAHABAT SEJATI”....

“Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur karena dikhianati sahabatnya”

senyuman

senyuman...
senyuman adalah bahasa dunia...ia menunjukkan keceriaan...
senyuman adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna....
senyum adalah jalan pintas yang menyatakan anda menyukai seseorang...
senyum adalah jambatan persahabatan....
senyum harus ada ketulusan...
 berikanlah senyumanmu selalu......