Wednesday 5 October 2011

Puding Pandan Kelapa

Bahan-bahan A:
1 sudu besar serbuk agar-agar
1 sudu besar serbuk gelatin
600 ml air
150 gm gula
3 helai daun pandan
Bahan-bahan B:
250 ml santan - daripada sebiji kelapa
100 ml susu cair
1/2 sudu kecil garam
1/4 kecil perisa pandan
Bahan-bahan C:
2 biji putih telur
2 sudu besar gula kastor

Cara Menyediakan:
1. Masukkan bahan-bahan A ke dalam periuk dan jerang di atas api yang sederhana sehingga mendidih. Kecilkan api dan renihkan sehingga agar-agar dan gula larut.
2. Masukkan bahan-bahan B dan kacau dari semasa ke semasa sehingga mendidih.
3. Pukul bahan-bahan C hingga berbuih dengan menggunakan pemutar elektrik. Tapiskan adunan agar-agar perlahan-lahan ke dalam adunan putih telur sambil terus diputar sehingga sebati.
4. Tuangkan adunan agar-agar ke dalam acuan dan biarkan sejuk sedikit sebelum didinginkan dalam peti sejuk sehingga beku.

KUIH PENJARAM

BAHAN-BAHAN

1 bungkus tepung beras
1/2 kg tepung gandum
1/2 kg gula pasir
200 gm gula melaka
500 ml air sejuk
Minyak untuk menggoreng

CARA MENYEDIA­KAN:
1) Ayak tepung beras bersama tepung gandum
2) Masukkan gula pasir dan gaul rata
3) Masukkan gula melaka yang sudah dibancuh dengan air dan tapis.
4) Gaul bersama tepung tadi.Gaul rata
5) biarkan selama 6 hingga 8 jam baru digoreng

PERCAYA

Dari seraut wajah..mencerminkan sebuah kesetiaan...
Dari seukir senyuman mencerminkan kejujuran....
Dari sekeping hati..mencerminkan keiklasan...
Dari sebuah cita-cita...tercapai sebuah impian...

Saya PERCAYA..esok sudah tidak boleh, mengubah apa yang akan berlaku hari ini..
tetapi hari ini..masih ..boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok....

JIKA

RENUNGI APA YANG TERSURAT, FAHAMILAH APA YANG TERSIRAT....

Jika insan diasuh dengan KEANGKUHAN, dia belajar erti TAKBUR
Jika insan diasuh dengan KELEMAHAN, dia belajar erti HINA DIRINYA SENDIRI...
Jika insan diasuh dengan erti PERMUSUHAN, dia belajar erti MEMBENCI..
Jika insan diajar dengan SIKAP PENTINGKAN DIRI, dia belajar erti MENGKHIANATI....

                                    NAMUN

Jika dia diasuh dengan BELAS BUDI, dia belajar erti MENGASIHANI...
Jika dia diasuh dengan KEPAYAHAN, dia belajar erti MENSYUKURI..
Jika dia diasuh dengan BERTIMBANG RASA, dia belajar erti BERSABAR

TAK GUNA ADA MATA..KALAU TIDAK DAPAT MELIHAT..TIDAK GUNA ADA HATI KALAU TIDAK TAHU MENILAI......

Monday 3 October 2011

3 oktober

HARI INI HARI LAHIR SAYA YANG KE-21....SEMOGA ALLAH PANJANGKAN USIA SAYA, MURAHKAN REZEKI SAYA DAN MEMBERIKAN SAYA KEBAHAGIAAN HIDUP DI DUNIA DAN DI AKHIRAT...TERIMA KASIH UNTUK KELUARGA,TEMAN DAN SEMUA INSAN-INSAN YANG SAYA SAYANG..SEMOGA DOA DAN UCAPAN KALIAN DIMAKBULKAN...BONDA..WALAU JAUH, ANAKMU TAHU BONDA SENTIASA MENDOAKAN ANAKMU INI..TERIMA KASIH MELAHIRKAN SAYA..SAYA BANGGA MENJADI ZURIATMU...

Saturday 1 October 2011

Kasih Bonda

Bonda..
masihku dengar petua mu bergetar,
waktu ku tertegun di ambang pintu,
melepaskan diriku dari pelukmu.

"hati-hati di rantau orang, anakku sayang
 berkata di bawah-bawah, mandi di hilir-hilir,
 di mana bumi dipijak , di sana langit dijunjung"

pesan darimu bonda menjadi satu amanah untukku galas....
kasihmu terlalu tulus tiada galang gantinya...
bonda..
anakkmu di sini kerana tuntutan sebagai hamba
menuntut ilmu kerana ALLAH
juga kerana membawa impianmu...

bonda,
setiap apa yang anakkmu cuba miliki hari ini
pastinya untukmu di hari yang mendatang..

disaat aku merinduimu bonda..hanya doa yang mampu aku kirimkan agar dirimu dilindungi selalu...gambarmu menjadi pengubat rindu yang hadir..

saya boleh!!!!!

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
  Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh









Untuk menjadi sukses, Anda harus memutuskan dengan tepat apa yang Anda inginkan, tuliskan dan kemudian buatlah sebuah rencana untuk mencapainya.