Saturday 1 October 2011

Kasih Bonda

Bonda..
masihku dengar petua mu bergetar,
waktu ku tertegun di ambang pintu,
melepaskan diriku dari pelukmu.

"hati-hati di rantau orang, anakku sayang
 berkata di bawah-bawah, mandi di hilir-hilir,
 di mana bumi dipijak , di sana langit dijunjung"

pesan darimu bonda menjadi satu amanah untukku galas....
kasihmu terlalu tulus tiada galang gantinya...
bonda..
anakkmu di sini kerana tuntutan sebagai hamba
menuntut ilmu kerana ALLAH
juga kerana membawa impianmu...

bonda,
setiap apa yang anakkmu cuba miliki hari ini
pastinya untukmu di hari yang mendatang..

disaat aku merinduimu bonda..hanya doa yang mampu aku kirimkan agar dirimu dilindungi selalu...gambarmu menjadi pengubat rindu yang hadir..

No comments:

Post a Comment